Jom ikut Amca... (^_^)

Thursday, May 5, 2011

Botol Susu Bayi Polikarbonat diharamkan mulai 1 Mac 2012

Jom baca... penting ni...

 Botol Susu Bayi Polikarbonat Diharamkan Mulai 1 Mac 2012

Berkuatkuasa 1 Mac 2012, kerajaan mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A, BPA.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pengharaman itu diputuskan jemaah menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurutnya, sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu itu adalah selamat untuk digunakan golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat. 

Menurut laporan, polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'Bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.- sumber

** Tindakan pengharaman ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh masa satu (1) tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai.

PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:


Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.


p/s:

Botol yang my Nuha guna adalah dari jenama Pureen - BPA FREE .Harganya tak silap tak sampai pun RM10.

Produk lain yang BPA FREE adalah seperti berikut :-


Anakku -green together , credit : here 
 
NUK



Korang ada lagi jenama botol BPA Free nak ditambah disini??
 Boleh aku updatekan untuk kepentingan bersama..


b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

1) Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.

2) Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.

3) Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

4) Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.


Maklumat lanjut :Sekiranya korang perlukan maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/ 88833653/88833655 atau melayari laman web http://moh.gov.my/ atauhttp://fsq.moh.gov.my/.

p/s:

credit  :

Artikel yang aku kongsi ni yang diambil dari dan sini.



3 comments:

Elin said...

yg botol anakku kaler pink strawberry tu penah guna, avent penah guna...skrg nak cari MAM tu..tp susah la nk jmpa.

.:. Maa .:. said...

cari yg mudah2 je lin... hehehe

.:. Maa .:. said...

erm, org pun pnh guna dh. tp amca pakai botol susu jap2 je. dlm 2 bulan sekali tkr. botol cpt buruk daaa... ;/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...