Jom ikut Amca... (^_^)

Monday, May 9, 2011

Darah Rendah


Salam, dari hari Jumaat mggu lepas, tiba2 rasa kepala pusing, muntah2 peluh sejuk n gigil2... adoi... xlaratnya aku... tp msk opis gk. byk benda kena setel, lg2 bila dlm menanggung tugas ni... ptg blk keja, cek doc, katanya darah rendah... adoi.... makin menjadi2 nih smpai la pg ni masih ting tong kepala... bila dicari2 n dirujuk ngn atok gugel, ni le hasilnya... ermmm... mmg btl simptom2 itu.... cane ni, esk exam -.-
darah rendah itu adalah
Tekanan darah setiap orang dikawal sistem tersendiri yang membabitkan kawalan utama di otak, jantung, buah pinggang dan rangsangan di dalam salur darah menyebabkan situasi yang stabil membolehkan aliran darah yang berpatutan ke organ dalam badan. Tekanan darah yang normal ialah lebih kurang 90-120 mmHg pada tahap sistolik dan diastoliknya ialah antara 60-80 mmHg. Ada orang yang mempunyai tekanan darah 90/50 dan tidak mengalami masalah kerana ini adalah keadaan normal untuknya.
Jika tekanan darah rendah, darah tidak dapat dipam ke organ badan dengan efektif. Sebagai contoh, jika tekanan darah tidak sampai ke otak dengan secukupnya, otak tidak menerima oksigen dan nutrien yang ia kehendaki menyebabkan seseorang itu terasa pening, melayang dan hendak pitam. Ini sering dialami bila seseorang itu bangun dari duduk atau baring kerana kebanyakan darah berkumpul di bahagian bawah badan. Kebiasaannya, badan akan terus menyesuaikan keadaan ini sehingga kita tidak akan merasai apa-apa perbezaan. Tetapi seseorang yang sudah rendah tekanan darah tidak dapat memberi respons yang sepatutnya dan akan mengalami simtom yang tersebut diatas.
Antara penyebab tekanan darah yang rendah termasuk kekurangan volum darah, iaitu jumlah cecair mengalir dalam saluran darah yang boleh terjadi seperti dalam kes trauma atau perdarahan tidak terkawal ketika pembedahan, dehidrasi yang akan mengurangkan kandungan cecair dalam badan boleh berlaku dalam kes muntah yang teruk, cirit-birit atau demam tinggi. Masalah jantung seperti kadar jantung yang rendah atau terlalu cepat, otot-otot jantung yang lemah boleh menurunkan tekanan darah.
Jika apa yang saudari alami rasa pening atau hendak pitam bila bertukar kedudukan seperti penjelasan di atas dan tidak mengalami apa-apa masalah yang lain, anda mempunyai keadaan yang dipanggil tekanan darah rendah ortostatik ('orthostatic hypotension' atau ia juga dikenali sebagai 'postural hypotension'). Keadaan tidak ada rawatan kerana tekanan darah akan pulih bila anda duduk atau baring kembali. Cuma anda harus berhati-hati - jangan bangun dengan cepat, lakukan ia dengan perlahan-lahan supaya badan dapat menyesuaikan tekanan darah kepada posisi yang baru.
Bagaimanapun anda perlu mendapatkan pendapat pakar untuk meneliti simptom dengan keseluruhannya, kerana ada juga masalah lain seperti ketumbuhan atau penyakit di otak yang boleh menyebabkan simptom sama.

*apa pencegahannya ye.... hm -.-

5 comments:

Yan said...

akak pengidap low blood pressure.

sebenarnya lagi bahaya kan..

.:. Maa .:. said...

k.yan: btl2... adeh ssh hati... bahaya... jantung berdegup slow2 je.... -.-

Elin said...

ha ma..rupanya low blood pressure...hari tu kan ckp salah makan..tp org pun penah kena low blood pressure dolu2.

.:. Maa .:. said...

tu la lin... ni pun pening lg klu bgn tdo ke, nk ddk ke...adeh

.:. Maa .:. said...

elin, hurm.... bahaya tol la...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...