Jom ikut Amca... (^_^)

Saturday, November 19, 2011

Khasiat Buah




jom, kongsi info....

Kandungan vitamin yang tinggi

Buah – buahan adalah kaya dengan vitamin dan mineral. Kesemua vitamin dan mineral ini adalah sangat penting dalam membina badan yang sihat serta membantu dalam melawan jangkitan kuman. Antara kandungan vitamin yang terdapat di dalam buahan –buahan adalah seperti berikut:

Pisang – Kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan C
Mangga – Kaya dengan vitamin A, E & C
Betik – Kaya dengan Vitamin C dan provitamin A

Aneka hidangan

Buah – buahan boleh dinikmati secara mentah atau diproses. Contoh yang telah diproses adalah seperti minuman jus, kek, dan kuih – muih. Kajian menunjukkan bahawa glukosa darah dipengaruhi oleh jumlah gula atau jumlah karbohidrat di dalam hidangan jus, dan bukanlah jenis gula yang terdapat di dalam jus tersebut.  Pertambahan gula di dalam jus minuman turut meningkatkan jumlah kalori dan karbohidrat hidangan minuman tersebut.  Untuk itu pastikan anda mengurangkan penggunaan jumlah gula tambahan di dalam minuman jus si kecil.

Sumber Antioksida

Kebanyakkan buah adalah sumber yang baik bagi serat, yang mana paling banyak terdapat dalam bentuk serat larut. Antioksida adalah sejenis molekul yang turut dikenali sebagai bioflavonoid, ianya sering ditemui bersama asid askorbid secara semulajadi. Banyak kajian menunjukkan bahawa buah-buahan mampu mengurangkan risiko kepada penyakit seperti kanser dan kardiovaskular.


Buah- buahan sitrus dan vitamin C

Antara contoh buah-buahan sitrus adalah seperti lemon, limau dan juga oren. Kebanyakkan buah – buahan ini mengandungi kandungan jus yang sangat tinggi. Buah-buahan sitrus juga sangat terkenal dengan kandungan vitamin C yang tinggi. Sebagai contoh, kandungan vitamin C di dalam sebiji Oren adalah 65mg.  Antara khasiat buah - buahan ini adalah membantu dalam pencernaan lemak selain mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Buah oren turut mengandungi lebih banyak vitamin A (juga di kenali sebagai beta-karoten) berbanding buah sitrus yang lain. Buah ini juga di percayai dapat melawan jangkitan kuman selain melindungi kita dari penyakit kanser dan menyokong sistem imun.

Hidangan paling mudah

Buah – buahan  juga adalah sejenis makanan yang paling mudah disediakan serta dihadam. Malahan ianya juga mempunyai potensi alergi yang paling rendah (kebanyakkan alergi adalah disebabkan oleh komponen protein sesuatu makanan). Buahan – buahan seperti mangga juga dipercayai dapat menurunkan suhu badan (ketika demam) serta membantu dalam mengurangkan tekanan. Kandungan nutrien yang semulajadi ini juga dapat membantu dalam mengekalkan sistem imun badan kita.
Sungguhpun boleh di makan begitu sahaja (tanpa perlu dikupas), anda perlulah pastikan buah-buahan tersebut telah dicuci terlebih dahulu sebelum diberikan kepada si kecil. Ini dapat mengelakkan dari sebarang kotoran yang mungkin terdapat pada permukaan buah tersebut.

info by nural


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...