Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, July 9, 2013

Sebenarnya Aiskrim Banyak Khasiat


Kanak-kanak dan aiskrim amat sinonim. Pertama kali merasainya kesedapan aiskrim, kanak-kanak terus jatuh cinta. Kalau boleh setiap hari pagi dan petang mereka hendak makan aiskrim. Namun seperti biasa, sebagai ibu bapa pasti kita melarang anak kecil makan terlalu banyak aiskrim.

Alasan kita, tak elok makan aiskrim banyak sebab nanti batuk. Benarkah aiskrim boleh menyebabkan penyakit batuk di kalangan kanak-kanak? Hakikatnya aiskrim bukanlah punca seseorang itu batuk kerana ketika makan aiskrim, ia akan sepantasnya mencair.

Proses pencairan aiskrim lebih pantas berlaku dengan pengaruh susu badan. Sebaik aiskrim masuk ke dalam kerongkong, suhunya sudah tidak sesejuk suhu ais. Larangan si kecil yang demam, batuk dan selesema daripada makan aiskrim juga satu mitos.


Bahkan ketika anak sakit, tubuhnya kehilangan banyak cecair dan mudah mengalami dehidrasi. Keengganan mereka menjamah sebarang makanan atau minuman boleh menyebabkan sakit menajdi semakin teruk.

Aiskrim yang mengandungi air boleh digunakan sebagai pembekal mengembalikan cairan yang hilang. Rasa dan teksturnya yang lazat sudah pasti digemari oleh kanak-kanak, sekali gus pengambilannya mampu membantu proses penyembuhan sakit si kecil.  

Sebagai makanan kudapan, aiskrim tidak seharusnya menjadi makanan larangan. Pendapat yang mengatakan jika ibu hamil tidak boleh makan aiskrim kerana alasan akan menyebabkan bayi obes adalah salah.

Aiskrim tidak akan menambah terlalu banyak tenaga jika diambil secara wajar. Jumlah pengambilan aiskrim yang sesuai untuk ibu hamil adalah dua hingga tiga cawan setiap minggu.

Fakta aiskrim
*Dalam bahan utama aiskrim iaitu susu ada lebih daripada 100,000 jenis molekul. Selain air dan lemak, molekul-molekul itu merangkumi protein, karbohidrat, mineral, enzim-enzim, gas serta vitamn A, C dan D.

*Susu mengandungi beberapa komponen bioaktif berupa protein susu, laktosa, asid lemak dan mineral terutama kalsium. Itu sebabnya produk-produk hasil tenusu termasuk aiskrim memberi sumbangan yang tinggi kepada kesihatan tubuh.

*Kandungan kalsium dalam aiskrim berfungsi menjaga kepadatan tulang, mencegah osteoporosis, kanser dan hipertensi.

info : sini...


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...