Assalamualaikum w.b.t
rentetan dari post sebelum ni... bersambung lg. cuma ubah sikit tajuk. Sepertimana yang HTJ tetapkan, i kena admit pada 30 Nov 2018, so pergilah i dengan hati yang pasrah. Sampai sana terus ke kaunter dewan bersalin, dia check buku... n terus bagitau i kena daftar masuk wad kat kaunter LHDN... dah setel semua, naik Wad 3B Kenanga... datang dengan hubby je, anak2 tak datang... hhm neves, sedih, takut... smua bercampur perasaan... rindu anak lagi... nagesh! -.- sebab i mmg tak suka keadaan mcm tu. i tak fikir byk pun, masalah utama bila dah keadaan mcm tu, yang dalam kepala ingatkan anak.... memang sejenis tak boleh berjauhan dengan anak2. sebab tu anak2 i tak pernah sekali pun ditinggalkan di kampung atau mana2 tanpa sebarang urusan terdesak, contohnya macam keadaan ni. dari anak 1st. hhmmmm...
Sampai Wad 3B Kenanga, daftar dan tukar uniforn wad... i ditempatkan di katil sementara sebelum dpt katil sepatutnya... agak tak selesa. tp takpela semalaman je... mlm 1st tak boleh tidur langsung. panas dan rindu... haihhh over btl. huhuhu
esknya dpt katil selesa sikit tp still yang berkipas. ok sgt dah... i xde pun tegur jiran2 sebelah sbb mmg jenis xperamah...hahaha xpandai... tp dorang tau, i ni kes PP yang sama mcm 2, 3 orang patient stu....
Esoknya, sekali lagi i dipindahkan ke katil lain. dalam bilik dan ber'econ'. ikut jela... dah nurse arahkan, depan sikit dr katil sebelum ni. Ddk dalam bilik berempat dan yang tersangat sejuknya. tak menahan...
Tiba masa Dr pakar meround, dan baca kes i, dengar dia ckp ooo PP type 1, suspect placenta accreta (uri lekat pada dinding rahim)... seram wei.. Ya Allah! katanya high risk (untuk lebih jelas boleh baca sini) i diam je. muka mmg xleh ckpla, ketat manjang. nurse2 pn tegur..hahaha stress sgt. Dr. pakar tu cuma bagitau kena tunggu 32week baby (masa warded lagi seminggu nak msk 32week) baru boleh buat apoiment dengan Dr Pakar O&G, kalau tak silap namanya Dr. Krishna Kumar. Dia adalah Ketua Jabatan O&G, HTJ. Dia jugak yang akan scan dan confirmkan betul ke apa yang di laporkan uri i melekat yang dipanggil placenta accreta. nurse kata, Dr Krishna mmg senior bab2 ni, sbb tula scan yang plg jelas hanya ada 1 dibiliknya...huhuhu... lg seminggu. takutnya la hai... Dr pakar bagi tarikh 9hb Dis 2018 (isnin) tarikh utk scan tu...
Hari ke-3 warded, tergerak hati nak mintak discaj jap, dengan alasan nak setelkan segala dalam cuti sek ni. pg2 dah ready nk bgtau Dr... bila Dr smpai kat katil i, i ckp Dr boleh ke nak mintak keluar dlu... nanti dekat tarikh scan i akan masuk blk... Dr dgn pantas jwb, ok blh... sbb type 1. dan xconfirm lg kes i tu, cuma apa2 jadi semua atas risiko sendiri. xpela, doa yg baik2... seronok Allah je yang tau. Tp Dr kata, nanti dah xkan dpt katil sini... nanti ikut mana2 yg kosong je nanti... ok, i xkisah pun... kemas2 kol hubby bgtau blh discaj jp. nanti 7hn Dis 2018 kena admit blk...
Ok, blk umah jumpa anak2 kurang sikit gundah gulana dengan problem yang berisiko tinggi tu... lemah semangat klu duk di hosp je pikirkan masalah tu sorg2... tp i doa moga2 apa yang dijangkakan salah sama sekali... 2 hari lepas balik umah tu, i ada appoiment dengan KK, checkup biasa je. mmg tarikh dlm buku pink. so i pergi jgk dgn harapan nak mintak dr scan skali tgk keadaan uri. sj just nak tau apa Dr KK ckp... tggu pnya tggu, tiba giliran i... smua ok, Alhamdulillah... dorg pun tau i kuar jp dr wad dgn risiko sendiri (sbb pihak HTJ ada call maklumkan kes i kt KK terdekat).
ok, i mintak nk scan sbb i citer la apa yg di suspek oleh pakar HTJ yg uri nampak mcm melekat tu, Dr setuju... bila dia scan Dr kata... 'sya tak boleh nak pastikan btl2... tp apa yg sya nampak uri ok ada garisan gap dgn dinding rahim walaupun kedudukannya still tmpt sama (PP type 1)... fuhhh pnya lega sgt. sekurangnya dpt dgr berita yg +ve bila dia kata ada gap maksudnya dia xnmpk uri melekat. cuma PP (placenta previa). ok, i kuar bilik Dr dgn hati yg sedikit tenang... 2hari lg nk kena admit blk... harapan besar moga selepas scan ngan Dr Pakar o&g nanti blh blk trs, doa je moga Dr Krishnan Kumar juga nmpk perkara yg sama, nak tggu keputusan dr dia je lg... tarikh admit blk 7hb Dis, scan Pakar 9hn Dis.
ok, nanti sambg... masih panjang cerita ni.. -.-
ni notes dari Dr yg 1st check up i... sblm warded dan 1st time dirujuk HTJ masa ni..:,(